amazon coupons india

dominos coupon code

shopclues coupons code

cleartrip coupon promo

globalnin.com

58,829 rumah mampu milik di Melaka

ALOR GAJAH 9 Okt. – Sebanyak 58,829 buah rumah mampu milik (RMM) telah dan sedang dibina di seluruh negeri ini dalam usaha kerajaan negeri menyediakan le­bih banyak peluang kepada rak­yat memiliki rumah.

Ketua Menteri, Datuk Seri ­Idris Haron berkata, daripada jumlah itu sebanyak 7,259 buah RMM berjaya disiapkan sehingga 4 Oktober lalu manakala 20,190 rumah lagi sedang dalam pembinaan di beberapa kawasan sekitar negeri ini.

“Pembinaan lebih banyak RMM merupakan bukti jelas komitmen tinggi kerajaan negeri untuk menjayakan program pembinaan rumah kategori tersebut dalam tempoh lima tahun bermu­la 2013 hingga 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka ditemui pemberita selepas me­ras­mikan majlis Penyerahan Kunci Projek RMM Taman Ayer Pasir Perdana, Machap, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar nege­ri, Datuk Ismail Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Lai Meng Chong dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Saleh Mohd. Dom.

Bagi projek RMM Taman Ayer Pasir Perdana itu, sebanyak 277 unit rumah telah dibina dan ha­bis dijual dengan harga jualan ber­mula dari RM131,000 (bumipu­tera) hingga RM138,000 (bukan bumiputera).

Projek ini turut membangunkan 10 unit kedai mampu milik dengan harga RM190,000 sebuah.

Projek yang telah dibangunkan oleh syarikat Wawasan Intact Properties Sdn. Bhd. itu turut membabitkan 10 buah kedai mampu milik dengan harga RM190,000 seunit dan keseluruhan projek berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lapan bulan.

Sementara itu, Idris berkata, projek perumahan tersebut merupakan simbol keprihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat di negeri ini yang memerlukan tempat tinggal selesa khususnya penduduk Machap.

“Agenda mensejahterakan rak­yat akan diteruskan dari semasa ke semasa agar rakyat Me­laka me­nikmati kualiti hidup yang lebih baik dan tidak terpinggir dalam era pembangunan pesat negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, majlis penyerah­an kunci rumah yang sepatutnya dijadualkan pada 1 Januari depan bagaimanapun dilangsungkan le­bih awal memandangkan projek tersebut telah siap sepenuhnya.

“Ini juga adalah rekod baharu pencapaian yang sangat membanggakan dalam industri pembinaan rumah di negeri ini. Tempoh pelaksanaan ini juga sangat singkat berbanding dengan biasa yang mengambil masa sehingga dua tahun,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/58-829-rumah-mampu-milik-di-melaka-1.393060#ixzz4xM9HGZLJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

By | October 10th, 2016|Uncategorized|0 Comments